Monday, August 17, 2009

Antara Jiwa dan Jasad.....


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang....


Tak sabar rasanya nak menanti Ramadhan yang bakal tiba....hari ini, ana ingin berkongsi sesuatu, antara jiwa dan jasad....


hhhmm.... Allah telah menciptakan makhlukNya dari pelbagai asal.... Malaikat daripada cahaya..... Jin daripada api.... Tapi, berbeza dengan manusia, sebab ia diciptakan dari..... jasad dan ruh....


Jasad adalah selaput luar yang memiliki rongga, sementara ruh masuk ke dalam rongga ini. Masing-masing memiliki asal dan makanan.



  • Jasad , asalnya dari tanah liat, makanannya : semua yang masuk ke dalamnya, seperti makan,minum, pakaian....etc...

  • Ruh , asalnya adalah tiupan Dzat Yang Mahatinggi :

"Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh (ciptaan)-Ku maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud" (Al-Hijr )


Hhhhmm..... dan makanan untuk jiwa atau ruh pula adalah semua yang dapat sampai kepada Allah.... seperti :



  • Membaca Al-quran

  • berdoa

  • dan masih banyak lagi....

Jiwa atau ruh ini tertahan dalam jasad, dan ia tidak mungkin akan dapat sampai kepada Allah, kecuali apabila jasad itu ringan.


Jadi, persoalan kita sebenarnya adalah, selama ini kita hanya memerhatikan jasad dan melupakan jiwa atau ruh. Kita lebih suka memberi makanan kepada jasad, tapi melalaikan ruh , sehingga ia payah, menjadi berat dan roboh......=(((((


Cuba antum fikir.... bila ada orang yang tidak makan selama seminggu atau tidak minum selama tiga hari, apa yang akan terjadi padanya ? Tentu besar kemungkinan dia akan mati.


Begitu juga ruh. Orang yang tidak mengingat Allah selama setahun maka ruh atau jiwanya juga akan mati. Tapi, ruh mati secara perlahan, berbeza dengan jasad yang mati secara cepat. Hal ini membuatkan seseorang menyangka bahawa yang mati hanyalah jasadnya sahaja.


Dia pun tidak mahu meninggalkan dan melalaikan jasadnya. Dia selalu memberi makan jasad, tetapi melupakan ruh.....


Oleh itu.... sahabat-sahabat yang amat ana cintai kerana Allah.... marilah kita sama2 mewujudkan keseimbangan ...


Jika kita bercakap di telefon selama setengah jam.... berzikir pula setengah jam....


Tidak salah.... bukan..?


" Sesungguhnya bagi Tuhanmu ada hak atas kamu, bagi dirimu ada hak atas kamu, dan bagi keluargamu ada hak atas kamu, maka berikanlah hak-hak itu kepada setiap yang memilikinya." (HR Bukhari)


Ayuhlah teman, berikan hak yang setimpal pada jasad dan ruh..... Terakhir, Allah swt berfirman, ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati akan merasa tenang....(Ar-Ra'd:28)


Semoga allah menerima amal kita. Semoga Allah juga memberi taufik agar kita dimudahkan dalam ketaatan dan dekat denganNya.......

Friday, August 14, 2009

Dunia adalah Penjara untuk orang mukmin...Syurga buat orang kafir....

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penya
yang,






'Dunia adalah penjara untuk orang mukmin... syurga buat orang kafir'... ..



Cuba antum tanya pada diri antum...



adakah...


Dunia ini dirasakan seperti tempat untuk mengaut kehidupan dunia semata, mendapat keputusan yang terhebat dalam peperiksaan, assignment sangat mantap, punyai wang, rumah, suami dan pekerjaan yang bagus....kemudian anak... dan seterusnya...

atau....

Dunia ini dirasakan seperti antum sedang memikul amanah yang sangat besar... bukan hanya kehidupan duniawi, malah dan lebih-lebih lagi antum sedang bersusah-payah untuk kehidupan akhirat... berjalan dari bilik ke bilik... mengharapkan teman-teman yang lain juga menerima hidayahNya.... merasakan atum punyai tanggungjawab yang sgt besar dalam menyambung risalah Rasulullah...


Siapakah Antum....???

Tepuk dada, tanya iman....

"Barang siapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di (dunia) ini apa yang Kami kehendaki.Kemudian kami sediakan baginya (di akhirat) neraka jahanam; dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir."(Al-Isra', 17:ayat 18)

Teman-teman yang amat ana kasihi kerana Allah.....
Ternyata Rasulullah saw merupakan seorang insan yang paling Allah sayangi... paling Allah kasih.... Namun, pernahkah antum terfikir, mengapa Rasulullah jugalah yang paling banyak menerima ujian dan dugaan daripada Allah swt....????
Bukankah Allah sangat menyayangi Rasulullah... tetapi sangat banyak dugaan yang diuji padaNya....

Ya... kerana Rasulullah adalah insan yang paling disayangi Allah.... Allah menguji kita adalah kerana Allah mencintai kita....

Cuba kita renungkan.... agaknya... dimanakah tempat kita ?? adakah Allah juga menyayangi kita ???

Maka, benarlah, dunia ini diibaratkan seperti penjara untuk org-org yang beriman padaNya..... yang hanya mendambakan syurga yang hakiki....SubhanaAllah....

Ana menyeru pada antum dan lebih-lebih lagi pada diri ana sendiri agar marilah kita bersama-sama mencari cinta Allah..... Jadikanlah Rasulullah saw sebagai suri teladan kita... Walau dimana jua kita, siapa pun kita, dan apa jua yang kita lakukan, kita tetap seorang Hamba... hamba kepada Yang Esa.....

Allahualam...