Friday, June 26, 2009

Di Deli Cafe....


Pada pukul 10.00malam, 
ana di Deli Cafe bersama zauj....Deli Cafe ni, dekat dengan UTP...tempat ana menuntut ilmu Allah....
Apa yang menyentuh hati ana, kondisi umat kini.... 
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan lagi sesuatu yang asing....
hanya dengan memberi pemahaman pada umat....insyaAllah... 
akan bisa mengubah....


Wednesday, June 24, 2009

Semoga adik semakin dekat denganNya ...

Ana baru menghantar adik ana ke KPTM Bangi.Harapnya adik ana akan semakin dekat denganMu disana nanti...
Ana akan cuba membimbing adik sedaya mampu....
Ana terasa ketiadaan adik.... Tapi, adik.... biarlah perpisahan kita ini keranaNya....dan kakak akan sentiasa mendokan kejayaan adik.... semoga adik sentiasa mendapat keredhaanNya....
Kakak sayang sangat adik......

Tuesday, June 23, 2009

Mengintai Redha Illahi....


Aku insan biasa HambaNya yang tak luput dari dosa

Hidupku sentiasa dikelilingi dengan kejahilan

Duniaku penuh dengan keseronokan

Permulaan hidupku singgah di rahim bonda

Sebelum aku dijejakkan ke dunia

Banyak kelalaian yang aku temui di dunia

Banyak juga berlaku dusta dan aniaya di dalamnya

Kelalaian menyebabkan aku lupa padaNya

Keseronokan hidup menjadikan aku seorang hamba yang alpa

Sehingga apabila musibah melanda diri ini

Barulah aku tersedar dari buaian mimpi palsu duniawi

Selama ini, aku leka dari mengingatiNya

Aku abaikan tanggungjawab ku sebagai seorang hamba

Aku terlalu taksub dan cinta akan dunia

Sehingga melupakan hari akhirat yang bakal menjelma

Dosa dan noda telah menggelapkan hati

Hanya pintu taubat sebagai penyembuh nurani

Hidayah itu pemberian ILLAHI

Mati itu suatu yang amat pasti

Kini, aku insaf akan kejahilan diri ini

Aku bertaubat pada Yang Maha Esa

Aku ingin kembali ke pangkal jalan ILLAHI

Jalan kebenaran yang membawa aku pada keredhaanNya

Aku tak mahu lagi hidupku berlumuran dengan dosa

Aku tahu, aku tak layak untuk ke syurgaMu

Tetapi aku tak sanggup hendak menanggung seksa api neraka Ampunkanlah dosa-dosaku

Masih adakah lagi secebis rahmat ILLAHI buat diri ini??

Masih adakah lagi ruang untuk aku mengintai redha ILLAHI??

Sesungguhnya hidupku ini takkan bererti dan bermakna

Tanpa redha daripada Tuhan Yang Maha Kuasa

Terimalah taubatku ya Tawwab..

Ampunkanlah dosa-dosaku, ya Ghafur..

Redhailah kehidupanku ya Allah..

Semoga hidup dan matiku hanya untukMu..
Oleh : muslimah single93 fr iluvislam